Thursday, August 25, 2011

Hariraya

Tahun ni bertalu-talu sms aku terima untuk ucapan Hari Raya. Sampai penuh inbox dibuatnya, maklumlaa telefon canggih sangat.. itu yang spacetak cukup nak simpan semua message tu.. Ini yang tak bestnya bila ucapan raya guna SMS ni.. kalau dah delete takde lagi dah apa-apa yang buat kita ingat pada orang yang menghantar ucapan tu.. kalau dulu-dulu masa benda-benda ni semua takde.. syokjee dapat kad raya.. ok gaklaa boleh simpan atau buat perhiasan. Apa nak buat zaman dah berubah.. dunia dah maju.. entah akan datang camne lak rupa orang nak menghantar ucapan nih.

Aku amat -amat menghargai pada yang sudi menghantar ucapan ni walaupun sekadar sms sebab sekurang-kurangnya itu sebagai tanda ingatan depa kat aku cuma lain kali aku mintak kengkawan yang tukar no. baru tu tulis laa nama lepas bagi ucapan. Dah jadi satu keje aku contact balik sebab nak tahu siapa yang hantar ucapan nih.. ada juga yang tersilap hantar.. nak hantar kat orang lain terhantar kat aku aiyak!!

Ada pelbagai bentuk ucapan. Banyaknya dalam bentuk pantunlaa yang mana sayang pulak rasa nak buang tapi kalau inbox dah penuh terpaksalaa.. jadi untuk abadikan ucapan-ucapan tu aku rasa elok aku letakkan kat sini. Just untuk mana-mana ucapan yang menarik dan kreatiflaa so mungkin kita boleh guna untuk next raya.. :)

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin”

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..”

“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”

Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri”

“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”

“Ketupat dan rendang juadah raya, mari dimakan bersama Keluarga, Ampun dan Maaf pohon bersama, agar bahagia sepanjang masa..”

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..”

“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..”

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya , Maaf Zahir Batin..”

” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”

Aduh.. letih nak menulis.. semuanya.. cukup yang ni kot dan kalau korang ada yang lebih best kasi tambah-tambahlaa.. :)

No comments: