Thursday, July 26, 2012

bila pintu hati tertutup rapat...

Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum





Hati ini sebenarnya dah penat berfikir... dah penat meneroka... dah penat mencari cinta... desprate ke??? X la.... Cuma terpengaruh dengan kisah cinta... Cuma percaya... cinta tu ada untuk setiap manusia... dan yang paling utama selalu terleka tentang cinta padaNya... hurm~~~
Semoga aku akan kuatkan jiwa mencari cinta Yang Sempurna.... bukan dari manusia...

Dengan ini aku ingin menutup hati ini dari cinta dunia... cinta si jejaka... aku dah penat.. jika benar antara kami punya cinta.. hanya Dia Yang Maha Sempurna saja menentukannnya... biar la semuanya terjadi dengan takdir dariNya... bukan pengaruh nafsu... bukan pada rupa... bukan untuk harta dan bukan jua kerana usia... biarlah untuk Yang Esa...

Aku bertekad bukan kerana sudah sering terluka... tapi kerana hati ini sudah cukup terdera... sudah banyak dosa.. dan sangat2 memohon perlindungan dariNya...

Ya Allah... jika benar ada jodoh yang terbaik buat ku dalam ilmu Mu, temukanlah kami dalam keadaan diredhai Mu... janganlah kau berpalingkan hati ku untuk cinta pada yang salah... cinta kerana nafsu, cinta kerna dunia... sesungguhnya telah banyak dosa yang aku lakukan... bantulah hamba Mu ini Ya Allah... sesungguhnya akulah hamba yang hina dan sering alpa... Ya Allah.. Engkau lah Tuhan sekalian alam... mencipta langit dan bumi.. yang mencipta Adam dan Hawa... dan mencipta setiap wanita untuk seorang suami... hanya kepada Kaulah aku berserah segla-galanya.... jauhkanlah aku dari dia yang jauh dari keredhaan Mu... yang bukan jodoh Terbaik untuk ku pada pengetahuan Mu.. tapi jika sebaliknya... hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui... Aminn.








Saya sedar. Saya masih punya banyak kekurangan. Saya dilahirkan dengan sifat yang cepat berubah personaliti.Sekejap begitu, sekejap begini. Tapi saya tidak minta semua itu. Saya redha apa adanya ciptaan Tuhan kepada saya. Saya seorang yang sangat sensitif. Cepat emosional jika tidak dikawal. Dan kerana sifat-sifat itu, saya sukar difahami. Yang pada kebiasaannya, oleh lelaki. Saya tidak mampu menjawab persoalan "serius ek kamu ni takde boyfriend? macam tak je." Kerana pada hakikatnya begitu. Saya mungkin berjumpa dengan begitu ramai kenalan yang rata-ratanya lelaki. Tapi kan jodoh itu ketentuan Allah? mungkin saja saya tidak dikurniakan perasaan untuk mencintai orang-orang tersebut.Saya akui saya cepat suka kepada seseorang, tapi bukan jatuh cinta.Mungkin kerana menyedari hakikat saya seorang yang sukar difahami & punyapast time yang lebih kurang tak berapa nak sweet macam orang lain, jadi saya sangat berhati-hati. Sebab apa? sebab saya takut untuk berasa kecewa. Saya tidak memilih. Cuma saya belum bertemu yang benar-benar boleh menyakinkan yang saya takkanrasa lagi sakit. Sakit yang saya tak mampu nak tanggung sorang-sorang. Saya akui, sekarang saya menangis. Saya tidak bertemu dengan orang yang salah, saya pasti. saya tak tahu apakah yang rasa ini jenis kecewa yang bagaimana. Do i really have to feel this feeling? supaya saya lebih menghargai apa yang dikurniakan pada masa akan datang? Saya tak tahu. Saya tak tahu.done with feeling sad. saya perlu jadi tabah!





Wahai sahabatku,
Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?




Wahai sahabatku,
Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,
Bersabarlah…



saya?

saya masih menunggu org yg berjaya dan bersabar utk buka pintu hati ini.. 
jika saya mencintainya.. saya akan menintainya sy syurga...
saya akan mentaatinya.. sebagai seorang ISTERI..

biarlah sy sendiri.. padam dosa2 silam.....

bukan saya x sudi utk menerima lamaran sape2.. cuma sy terlalu banyak dosa yg perlu di delete.. sy masih belajar...utk menjadi seorang yg lebih baik d sisi Allah...

:)

ye sy x tipu.. sunyi tu mmng ada.. tapi sy kuat utk hadapi segalanya.. kerana sy masih belum capai impian kedua ibu dan ayah...

itu matlamat sy..

kadang2.. kita terpikirkan... di mana syurga kita bila kita bergelar isteri.. kepada siapa kita akan mentaati selain Allah.. 

. sy masih muda untuk bicara tentang ini.. tetapi.. Allah telah hadirkan perasaan ini dalam setiap remaja...

sy x nak sakit ...

wahai kaum adam.. jangan bagi harapan kepada wanita jika anda tidak berniat utk memperisterikan nya.

saya akan terus menanti .. dan akan bersedia utk terima lamaran seorang yg eclss untuk saya...


:)

Allah akan tentukan yg terbaik untuk kita..

jika saya mencintai seseorg.. sy sentiasa mendoakan dia dalam doa saya.....walaupon insan itu tidak pernah tahu.......
itu cara saya....




No comments: