sesaat kamu masih bernafas ucaplah
(Alhamdulillah = segala puji bagi Allah)
kerana disaat itu kamu masih hidup,
dikala saat kamu masih hidup ucaplah
(Astagfirullahalazim
= maafkan aku Ya Allah)
kerana Allah telah memberi peluang kepada hamba-Nya untuk bertaubat,
disaat kamu bertaubat ucaplah
(Subhanallah = maha suci Allah)
kerana Allah telah mensucikan hati hamba-Nya,
dikala Allah telah mensucikan hati hamba-Nya ucaplah
(Allahuakbar=Allah maha besar)
kerana cinta Allah amatlah luas untuk hamba-Nya,
hamba-Nya pula perlulah mengucapkan
(Lailahaillallah = tiada tuhan selain Allah)
dengan niat kerana Allah SWT
itulah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur...
_______________________________________
Ya Allah..
Jadikanlah hari-hari terakhir kami menjadi hari yang terbaik dalam kehidupan kami,
dan perbuatan terakhir kami menjadi amal yang terbaik.
Dan jadikanlah hari yang terbaik kami iaitu ketika kami menemui-Mu.
Ya Allah,
akhirilah hidup kami dengan islam,
akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah...
Aamiin..Aamiin..Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...
:'(
No comments:
Post a Comment