Tuesday, January 8, 2013




Bismillahirahmanirahim...
 Assalamualaikum.....



 


Motivasi Untuk Diri.


Setiap dugaan pasti datang dalam setiap hidup semua orang. tak kira siapa. tak kira darjat. pasti datang dugaan itu sebab Allah nak uji & lihat setabah mana hamba-Nya sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu. terpulang pada diri & iman kita untuk melalui saat-saat sedih & duka.


Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah. saya dah okay sekarang ni. semakin hari semakin baik. walaupun pada mulanya agak susah untuk terima atas apa yang menimpa pada saya tempoh hari tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri ni.


Saya terima seadanya atas semua dugaan yang menimpa. mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. saya redha Ya Alllah.


Dan sekarang ni saya cuba untuk lalui hari demi hari macam biasa. cuba untuk kembalikan ceria & gembira yang selalu saya suka buat :D sepatutnya kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak Allah tengok seseorang hambanya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan.


Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi. siapa lagi yang nak bagi sokongan. siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri. betul tak awak sekalian ? :D


Yeaaaah. saya dah kembali senyum seperti biasa ^_^ dan haruslah kita sentiasa merendah diri dalam apa jua yang kita lakukan. itu satu cara yang terbaik supaya kita tidak alpa dengan apa yang kita ada. (saya nasihatkan untuk diri saya juga ni)


Kawan-kawan yang baca blog saya sekarang ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya :')


Mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang. tak kira sama ada dari sekarang, esok, lusa, tulat pelbagai lagi lah hari yang ada.


Satu benda je paling kita kena percaya, Allah mesti ada kat sebelah kita atau dimana kita berada.






selamat Hari tua abg......

DOA YANG PERLU ABANG HAYATI.


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.



Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..Amin Ya Rabbul 'Alamin....




Ecece  muko serius !! hahaha.. hok baju merah tu umur dia dah 31tahun...
yg purple tu dah 25....


abg as yg nie.. dia anak kedua... dia kelakar, percakapan dia kadang2 lembut.. pandai menghiburkan hati.. cermat bila bt kerja.. kadang2 kedekut.. oppss sorry.. hihi..





nampak x kenakalan dia... hahahhaaha.. boleh pecahperot dok ngn dia ni.. hadoi... kalau jalan jauh ngn dia.. satu kete.. rasa cam kejap je sampai... :D


haa... dia dah ada rumah masjid nya sendiri.... sekarang anak dah dua... Alhamdulillah... semoga dipanjangkan jangka hayat utk lebih dewasa... kuatkan iman.. banyakkan bekalan utk akhirat..


MOHD KHAIRUL NAZRI B OMAR..

adikmu ini kagum dengan kerajinanmu... hihi..

ok bye. ! Assalamualaikum.. nak hadiah ke.. x payah laa dah tuo.... hahaha.. i phon kan i da kasi.. nk ape lagi.. kahkahkahka....

Monday, November 19, 2012

perfection..



In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond. 
So hold the hand of the person whom you love rather than expecting them to hold yours.



It's not called moving on if you have no reason,
It's not called letting go if you didn't have anything in the first place,
It's not called forgetting if once you think you've forgotten they are always on your mind.
It's not called walking away, if you turn back to take another look.

Life is about taking chances, This chance will be the one that he will realize, and look back on
It's called a mistake when you doubt it afterwards,
This is a mistake... Not moving on,just always remember,
We learn from our mistakes.




I miss you when something really good happens, because you're the one I want to share it with. 

I miss you when something is troubling me, because you're the one who understands me so well. 

I miss you when I laugh and cry, because I know that you are the one that makes my laughter grow, and my tears disappear. 

I miss you all the time, 
but I miss you the most when I lay awake at night, and think of all the wonderful times that we spent with each other for those were some of the best and most memorable times of my life.




Dear: Who ever 

I did not come into this world with the intention to be perfect, 
I was never trained to please or to satisfy anyone, 
I never really knew what to expect when I came to this world at first all people had for me is love now I get hurt than never before, 
it took me sometime to realize how things work. 

To be perfect is not my dream 
but its what I work to become everyday just take me as I am 
and with you knowing my faults and me 
knowing your faults perfection is not that far.




Wednesday, November 14, 2012

salam MAAL HIJRAH...

Assalamualaikum. 



Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Doa Akhir & Awal Tahun

Do'a Akhir Tahun (dibaca setelah Asar )

وصلى الله على سيدنا محمد و على اله وصحبه و سلم. اللهم ما عملت في هذه السنة مما نهيتني عنه فلم اتب منه ولم ترضه ولم تنسه وحلمت علي بعد قدرتك على عقوبتى ودعوتنى الى التوبة منه بعد جراءتي على معصيتك فإني أستغفرك فاغفرلى بفضلك وما عملته فيها مما ترضاه و وعدتني عليه الثواب. و اسئلك اللهم يا كريم يا ذاالجلال والإكرام ان تقبله مني ولا تقطع رجائي منك يا كريم-وصلى الله على سيدنا محمد و على اله و صحبه و سلم

" Wa Shollallahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa sallam. Allahumma maa 'amiltu fii hadzihissanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu walam tardhohu walam tansahu wa halimta 'alayya ba'da qudrotika 'alaa 'uquubatii wa da'autani ila attaubati minhu ba'da jirooatii 'alaa ma'siyatika fainnii astaghfiruka faghfirli bifadl-lika wa maa 'amiltuhu fiihaa mimmaa tardloohu wa wa'adtanii 'alaihi ats-tsawaab. Wa as-alukallahumma yaa kariimu yaa dzal jalali wal ikroom, an taqobbalahu minnii wa laa taqtho' roojaa-ii minka yaa kariim. wa shollallahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihii wa shohbihii wa sallam.

Ertinya : Shelawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad , keluarga dan sahabatnya. Yaa Allah, apa yang telah aku perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan-perbuatan yang Engkau larang, sedangkan aku belum bertaubat, dan Engkau tidak meredhainya dan tidak melupakannya, dan engkau telah menyayangiku setelah Engkau berkuasa untuk menyiksaku, Dan Engkau menyeruku untuk bertaubat setelah aku berbuat ma'siyat kepada-Mu., karena itu aku memohon ampun kepada-Mu. Maka ampunilah aku dengan anugerah-Mu. Dan apa yang telah aku kerjakan tahun ini berupa perbuatan yang Engkau ridloi dan Engkau janjikan pahala atasnya, aku mohon kepada-Mu Yaa Allah, Dzat Yang Maha Mulia, Yang MemilikI keagungan dan karunia, agar Engkau menerima amalku itu, dan jangan Engkau putuskan harapanku pada-Mu, Yaa Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah. Semoga sholawat dan salam tetap terlimpah untuk Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Amin

Do'a Awal Tahun (dibaca ketika Masuk Waktu maghrib 1 muharam)

وصلى الله على سيدنا محمد و على اله وأصحابه و سلم. اللهم انت الأبدي القديم الاول وعلى فضلك العظيم وجودك المعول وهذا عام جديد قد اقبل الينا نسألك العصمة فيه من الشيطان وأوليائه وجنوده والعون على هذه النفس الامارة بالسوء والإشتغال بما يقربنى إليك زلفى يا ذاالجلال والإكرم يا أرحم الراحمين وصلى الله على سيدنا محمد النبى الأمى و على اله و صحبه وسلم.|

"washolallahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'ala aalihi wa ash chaabihi wa sallam. Allahumma anta al abadiyyu al qodiimu al awwalu wa 'alaa fadl-lika al'adhimi wa juudika al mu'awwali wa haadza 'aamun jadidu qod aqbalu ilainaa nas-aluka al 'ishmata fiihi mina assyaithoni wa auliyaaihi wajunuudihi wa al'auna 'alaa haadzihi an nafsi al amaaroti bis-suui wa al istighoola bimaa yuqorribuni ilaika zulfa yaa dzal jalaali wal ikrom. Yaa arhama ar roohimiin. wa shollallahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin nabiyyi al ummiyyi wa 'alaa aalihi wa shohbihi wasallam.
Artinya : Sholawat dan salam semoga tetap tercurah kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Yaa Allah, Engkau adalah Dzat Yang Kekal, Dahulu dan Awal. Hanya dengan anugerah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun baru ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan tentaranya, dan kami mohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami mohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada-Mu, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan karunia. Shalawat dan salam semoga tetap dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Amin..:)

~Salam Hadrah~
-Owner-



Sempena Maal Hijrah ni,I wanna do something good. No no no. Something better. I wanna change myself from good to better. Since my blog usually about my lovey dovey life,gelis gelis,lawak bengong or laharan terbaik,so this time definitely different. A lil bit kinda ustajah pilihan sikit. But i hope ou dont mind im being skema for a while.


It take lots of courage to write this post. I know myself,I have big err HUGE ego. And not everyone can deal with my attitude. I speak my mind and neglected bout others feeling. People call it mean,cruel evil,but i call it as honesty.so I dont care with people judgement as long as I can be myself. 



Somehow,being yourself and scrathed others feeling will leads you to negativity life. And i dont wanna be there. So I this post will clear all the things in my mind and I wanna start of something new. :))


This post goes to everyone that know me. Family, Friendlist on Fb, military sweethearts, schoolmates etc etc etc....
.
.
.
.
.
"

To those who feel annoying with me,


Its your own choice and I respect your decision. I keep haters outta picture of my life. Thats why im hardly to be the one that saying sorry. But todays,Im sorry if any of my action,words or attitude that youre not comfortable with. I dont know who,cuz maybe you put a mask and still be nice,its cool. At least you know how to act mature. Even you hv two face,you make one of them look nice. :))


Having bad thoughts is normal in human..the negative perception upon certain issue raised can be define as a poor early judgement...the fact of people like us doing things like this has never been agreed by the ourselves.



.
.
.

To those that I feel annoying with,


I believe ppl should not be judged before one takes the time to get to know 
them, yet i am guilty of doing that exact thing. If time flies and I still feel the same,its either your attitude getting on my nerves or we didnt to be friend at all.



.
.
.
.

To those that I kill you with my words


Only chosen persons will get my poisoneous speech. And if i kill you with my words,remember I HAD TOO. It means you crossing the line. You kill my "kesabaran".And for your information,if its not from me,ppl talk the same things too. Either they hv a courage to spit on your face or cowardly talk behind you,and you hv to accept it. And thats the same thing I apply to myself.


.
.
.
.
.
.




Intentionally or unintentionally

Im sorry for my mistakes. The ones i knew i make/made. The ones i didnt realize i made. The ones i am going to make and the ones i forgot i made.
To make it simple, Im sorry for everything.





SALAM MAAL HIJRAH EVERYONE. 


from me Miss Hasmida Omar.

Friday, November 9, 2012

luahan !! tekad nak luah bnda ni utk AWAK !


Assalamualaikum ..

Awak ..saya penat sangat awak ...
Penat sangat ..sangat .....
Sangat penat ..rasa dah tak cukup nafas ..
Rasa dah tak bermaya tulang empat kerat ni ..rasa betul lemah ....
Lemah sangat awak tahu ...... 
Rasa dah nak rebah dah ..rasa tak mampu dah tak mampu ..
Saya tak salahkan sesiapa..Sungguh tiada siapa bersalah ..
Saya tak menyalahkan takdir malah bersyukur Alhamdulillah ... bersujud dan syukur yang tak terhingga atas rancangan yang sangat-sangat Terbaik buat saya  ... Ya Allah kuserahkan hidup ini hanya untukmu ..
Tapi saya rasa saya terlalu..Terlalu berkeras dengan diri sendiri .....
Saya tak pernah mahu membiar diri saya jatuh sekali ..walau sekali ..
Ketakutan , keegoaan , keperitan , luka yang ada masih dalam ...
Saya tak pernah nak belajar maafkan diri sendiri ...Tak pernah !
Saya cuma tahu meletakkan tingginya hukuman pada diri sendiri ..
Sesungguhnya Allah SWT tak pernah menganiaya hamba-Nya tapi kita yang menganiaya diri kita sendiri ..
Dan secara emosi dan mentalitinya aku telah bersikap zalim kepada diri aku sendiri ..
Besarnya dosa aku ....menzalimi diri sendiri ...... 
Teruknya deraan yang aku bagi kat diri aku .. aku terlampau tekan kan diri aku ..
Aku bekerja dengan sangat kuat tak pernah berhenti .....
Ketenangan aku miliki hanya dengan mengingati ALLAH SWT ..
tapi masih juga ... belum sempurna aku rasa diri ini ...
terlalu hina setiap kali menghadap-Nya ....
Kau lihat ! Kau lihat ! Betapa aku cuba lari dari perasaan aku sendiri ! Kenapa aku begini ??
Sedangkan Allah SWT menghampuni dosa hamba-Nya yg sebesar gunung tapi aku.....
masih lagi terasa diri ini kotor berlumpur hina . Ya Allah ampunkan hamba-Mu ini .....




Awak selalu nampak saya tersenyum riang , tak kira susah atau senang ... tapi lemahnya saya tatkala sendirian ...... mengadu hanya pada Allah SWT ... lemah nya saya dihadapan Pencipta ...


Awak selalu nampak saya kuat , kalah Sazali Samad ahli bina badan ... sayalah pemberi semangat , sayalah yang selalu beri dorongan , saya lah tempat rujukan .....Tapi tahukah awak saat saya memberi kata-kata semangat untuk melihat awak terus tersenyum ....untuk melihat awak terus melangkah sebenarnya ..luka di dada yang saya cuba balut masih lagi berdarah dan bernanah ... bisanya ...

Awak tahu tak betapa saya terus dan terus mengukir senyum hanya kerana tidak mahu orang lain berduka kerana saya ..setiap kali itu juga semakin pedih saya rasakan bila berselindung dari kenyataan .

Awak tahu tak betapa saya terus dan terus cuba untuk kuat sedangkan .... setiap kali itu juga saya semakin sedar hakikat bahawa saya tak kebal ..
Awak tahu tak betapa saya terus dan terus bangkit dari kegagalan .. setiap kali itu juga saya semakin kalah dengan perasaan ...

Dan saat ini , tika ini ..bila saya buat keputusan untuk menulis tahukah awak ..Betapa sakit nya saya rasa bila saya sedar terlalu banyak penipuan yang saya lakukan pada diri sendiri ....
Sakit awak ..sakit sangat ..Saya mungkin tak pandai menipu orang lain tapi ....penipuan yg saya lakukan pada diri sendiri terlalu terlalu besar untuk dimaafkan ...
Saat ini ...saya mula menampakkan kelemahan saya ...
Orang sekeliling termasuk awak dah mula risau ... Mula tertanya ...
Mula perasan ... 
Tapi saya masih lagi terus mahu jadi KUAT ! Masih lagi mahu jadi pelakon pentas terbaik !
Bila mereka mula mengambil berat ...saya cakap menafikan ... wah berlagak kuat saya .
Tapi itu hakikat ...Saya tak suka menyusahkan ... 
Cukuplah awak mampu mendengar ini saja luahan ini saja .selebihnya biarlah hanya Allah Yang Maha Tahu ..
Saya cuma minta sentiasa berada di sisi .... Biarlah saya menyendiri .. biarkan ... saya ada Allah SWT bersama saya .. 
Saya mahu jadi lebih baik untuk orang yang saya sayang ... Lebih baik untuk Awak .. Tetapi dugaan itu makin bertimpa datang ... Mungkin masih banyak dosa saya yang belum ditebus ....Biarlah Allah SWT takkan membebani hamba-Nya ... Awak jangan risau ye Allah SWT bersama saya :)
dan Awak yg saya maksudkan adalah awak yg membaca , awak yg berada di sekeliling ..awak yg saya sayang ..


kadang2.. hati ini x de ruang untuk sape2.


insyaallah suatu hari nanti.. saya akan buka pintu hati utk awk yg masih memahami sy... dan jika awk rasa saya jodoh awk.. tunggu lah saya...

i will be your wife.. insyaallah

utk mama.. adik sedang jalankan tangjawab adik utk mama. abah..

syurgaku sentiasa ada dengan mu..
yg perlu ku jaga, kasih, cinta... hormat..... sentiasa dihati....



Jaga Pandangan Jaga Diri Jaga Iman :> 






Wednesday, November 7, 2012

cinta...



Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. 






Ya Allah.. Berilah ketenangan pada jiwaku setenang lautan Rabbani..

Ya Rahman.. Berilah daku kekuatan ketika mengadap dugaan dunia ini..

Ya Rahim.. Berilah daku jalan dalam merungkai hati agar tidak tersimpul mati




..nota cincin di jari manis..
awk....
Biarlah kena maki sekali pun...
Biarlah ditertawa tak henti-henti...
Biarlah dicanang perasaan walaupun tak nampak dek remuknya..
Biarlah hidung tak mancung dek dabikan dada..

Contohilah dia, teladan untuk semua manusia..
"Rasulullah saw"

Bersusah-susahlah dahulu...

Sungguh... 
Dakwah itu PAHIT..
Namun hasilnya MANIS..


Sangkaan terik mentari hingga ke senja, namun guruh datang menyapa, kilat menguntum senyum bak kilauan yang menggila, rayuan angin datang menjengah seketika tatkala hujan menyimbahi warga bumi hadiah dari langit Ilahi..

p/s~seronok sungguh mandi hujan.... ^_^ 


sakit iyu penghapus dosa kecilku..

Assalamualikum sabahat sahabiah yang dikasihi Allah..


Hati susah utk buka... hati juga senang utk tertutup demi kebahagiaan org lain.. sesunguhnya.. aku ingin melihat umatmu bahagia ya ALLAH....
:)
Tidak pernah ku menduga.
Disebalik duka yang Engkau campakkan.
Rupanya Engkau wujudkan PERTEMUAN.
Sungguh indah takdir-MU.
Tiada perancangan sebaik Engkau.
Sungguh.
Hanya Engkau penentu segalanya...
.....

sebuah pertemuan yg tidak pernah ku duga.. ringan je hati nie.. hanya ALLAH je tahu..


tapi... cinta yg KAU anugerahkan.. tidak lagi ku simpan.. kerna aku perlu menjaga hati hambamu yg lain..
dan mungkin aku akan mencintai org yg cintakan diri ini.. aku hanya ingin mencintai suamiku... tidak lah siapa dia.. mcm mana sikapnya.. aku redha ya ALLAH..

Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.




As memang pantang tengok.
Pasti geram.
Bila terjumpa as akan berhenti dari berjalan.
Agar boleh melepaskan geram..!...  :)
sy peminat kucing yg setia.. x kira lah dia buruk ke comel ke.. ku tetap aku usap kepalanya.. :)
p/s:teringat famly kucing.. tapi fmy tu sekrg as dah serahkan pada keluarga angkat... pakcik pemilik kedai tu tolong jagakan.. :) x perlu risau lagi...






tgah drive elok2.. panas2 je kat hidung...darah lagi rupanya.. :)

sakit itu penghapus dosa... 

walaupon asyik darah ke.. senyum lah.. :) Allah itu maha besar.. maha mengetahui..

kata kawan as stress..
x mana ada as stress....
sakit kepala je tiba2..




teringat kata2 makcik cafe... 


""Engkau cantik, tapi kau berduri...
Duri itu yang melindungi engkau daripada dihinggap si durjana kumbang...
Yang tak lelah mencari mangsa..

Duri itu penyelamat mu.. :)""





Jika engkau letih melakukan kebaikan, sedarlah, keletihan itu akan

 hilang dan pahalamu sudah tersimpan dan kekal. 



Jika engkau berlazat & berseronok berbuat dosa, seronok & lazat

 itu juga akan berlalu, tapi dosa & azab masih kekal.


Andai ditakdirkan kecemerlangan itu dari Allah, andai ditakdirkan
 kegagalan itu juga dari Allah, tapi ingatlah walau kita cemerlang atau pun tidak, hakikatnya kedua-dua itu adalah hikmahnya.

Moga kita tidak kecundang dengan ujian yang diberikan Allah. 
Yang penting USAHA yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang
dikurniakan Ilahi.... InsyaAllah..


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

 وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya)"

 "Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!"

~al-Zalzalah : 7 & 8~