Tuesday, January 8, 2013




Bismillahirahmanirahim...
 Assalamualaikum.....



 


Motivasi Untuk Diri.


Setiap dugaan pasti datang dalam setiap hidup semua orang. tak kira siapa. tak kira darjat. pasti datang dugaan itu sebab Allah nak uji & lihat setabah mana hamba-Nya sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu. terpulang pada diri & iman kita untuk melalui saat-saat sedih & duka.


Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah. saya dah okay sekarang ni. semakin hari semakin baik. walaupun pada mulanya agak susah untuk terima atas apa yang menimpa pada saya tempoh hari tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri ni.


Saya terima seadanya atas semua dugaan yang menimpa. mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. saya redha Ya Alllah.


Dan sekarang ni saya cuba untuk lalui hari demi hari macam biasa. cuba untuk kembalikan ceria & gembira yang selalu saya suka buat :D sepatutnya kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak Allah tengok seseorang hambanya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan.


Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi. siapa lagi yang nak bagi sokongan. siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri. betul tak awak sekalian ? :D


Yeaaaah. saya dah kembali senyum seperti biasa ^_^ dan haruslah kita sentiasa merendah diri dalam apa jua yang kita lakukan. itu satu cara yang terbaik supaya kita tidak alpa dengan apa yang kita ada. (saya nasihatkan untuk diri saya juga ni)


Kawan-kawan yang baca blog saya sekarang ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya :')


Mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang. tak kira sama ada dari sekarang, esok, lusa, tulat pelbagai lagi lah hari yang ada.


Satu benda je paling kita kena percaya, Allah mesti ada kat sebelah kita atau dimana kita berada.






selamat Hari tua abg......

DOA YANG PERLU ABANG HAYATI.


Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku..dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.



Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu..Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tidak pernak menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu,kepada siapa lagi harus ku mengadu?Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah..namun aku hanyalah hambaMu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan.Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engakau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini..aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang semakin jauh ini..aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia semakin meningkat ini aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Malik. Yang aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti mneghulu kasih pada yang sudi..

Ya Muhaimin..pimpinlah tangan hambaMu ini..pimpinlah hati hambaMu ini..pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas kebenaran. Ya Al Quddus...sebagai hambaMu yang hina ini, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku..bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela..

Ya Al-Hakim..berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya, agar aku terus mampu memberikan sedikit iktibar dan dakwah walaupun hanya menggunakan tinta nuraniku. Hulurkan kepadaku kebijaksanaan agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Tuhan, atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkau Yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui segalanya..peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu..Terimalah permohonan hambaMU yang serba kekurangan ini Ya Tuhanku..Amin Ya Rabbul 'Alamin....




Ecece  muko serius !! hahaha.. hok baju merah tu umur dia dah 31tahun...
yg purple tu dah 25....


abg as yg nie.. dia anak kedua... dia kelakar, percakapan dia kadang2 lembut.. pandai menghiburkan hati.. cermat bila bt kerja.. kadang2 kedekut.. oppss sorry.. hihi..





nampak x kenakalan dia... hahahhaaha.. boleh pecahperot dok ngn dia ni.. hadoi... kalau jalan jauh ngn dia.. satu kete.. rasa cam kejap je sampai... :D


haa... dia dah ada rumah masjid nya sendiri.... sekarang anak dah dua... Alhamdulillah... semoga dipanjangkan jangka hayat utk lebih dewasa... kuatkan iman.. banyakkan bekalan utk akhirat..


MOHD KHAIRUL NAZRI B OMAR..

adikmu ini kagum dengan kerajinanmu... hihi..

ok bye. ! Assalamualaikum.. nak hadiah ke.. x payah laa dah tuo.... hahaha.. i phon kan i da kasi.. nk ape lagi.. kahkahkahka....