Monday, July 25, 2011

cantik?




berhak atau tidak kita menilai nilai paras rupa seseorang. bukan sahaja menilai, kita juga seringkali lupa yang kita selalu "mengkategorikan" segolongan atau seseorang berdasarkan kepada paras rupa mereka...



individu A : eh cantiknya dia... lagi cantik dari si polan binti si polan tu..

individu B : mana ade lah.. dia lagi cantik lah...



apakah ini??? apa kita fikir ini pertandingan ratu cantik??



tidak kira lah macam mana rupa sekalipun seseorang itu, kita sebagai manusia kena lah sedar setiap ciptaan ALLAH S.W.T itu adalah sempurna. kita sepatutnya bersyukur dengan kesempurnaan yang telah tuhan kurniakan kepada kita. jadi tak perlulah kita meninggi diri atau terlebih-lebih dalam memberikan pujian..
bagu kaum muslimah, senang sahaja nak jadik cantik. tipulah kalau tiada langsung keinginan untuk menjadi cantik dalam diri kaum hawa. di bawah ini cik idora ada sertakan beberapa tips untuk menjadi cantik yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. tak perlu lagi nak membazir-bazirkan duit untuk membeli produk yang mahal2. just ikot je petua ni.. insyaALLAH ..




SELAMAT MENCUBA




* Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah muka minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambilah sejadah, solat, berdzikir dan berdo'a.

* Untuk menghilangkan stress, perbanyakkan pergerakan.
Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada ALLAH dengan zikir dan do'a.

* Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. , senyum tidak hanya dibibir tetapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan kata kunci, "Allahuma kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud, "Ya ALLAh, sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku"-HR Ahmad.

* Untuk miliki bibir cantik, bisikkan kalimah-kalimah Allah, jangan sesekali cuba untuk berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombong diri atau takbur.

* Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa 2 kali seminggu, isnin dan khamis. Jika kuat lebih baik puasa Nabi Daud AS iaitu puasa selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan buah-buahan, dan air putih. tak perlu diet yang membebankan .. .

* sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan lebih dikenali dan disayangi.

No comments: