Monday, July 25, 2011

SABAR ITU ADA HIKMAHNYA.:)




Sebagai seorang penulis, tidak semestinya apa yg saya telah tulis telah sedia dikuasai & dipraktikkan secara sempurna. Adakalanya sesuatu penulisan itu lebih merupakan nasihat kepada diri saya sendiri yg tidak terlepas dari pelbagai kekurangan & kelemahan. Maka, kali ini saya ingin menyampaikann nasihat kepada diri saya, sekali gus berkongsi nasihat itu kepada para pembaca yg budiman sekalian.
Nasihat yg ingin saya sampaikan ini merupakan satu sifat yg mulia & amat disukai oleh Allah S.W.T, dan Allah sentiasa bersama orang itu dari sudut pengawasan & hidayah, diberikan pahaladengan jumlah yg tidak terkira, dikurniakan tiga perkara serentak iaitu selawat, rahmat, serta petunjuk & akhirnya memasuki syurga dengan dialu-alukan oleh para malaikat dengan ucapan salam.
Sifat yg saya maksudkan disini ialah sifat SABAR. Berkenaan sifat ini Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Allah sentiasa mencintai orang-orangnya yang sabar” (Surah Ali Imran ayat 146), “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar” (Surah al-Baqarah ayat 153). Seterusnya, Allah S.W.T juga berfirman, “Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata, ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang mendapat petunjuk-NYA.” (Surah al-Baqarah ayat 155 hingga 157).

Maksud Sabar & Jenis-jenisnya
Sudah tentu kita tertanya-tanya apakah yg dimaksudkan dengan sabar :
Dari sudut BAHASA, sabar membawa maksud MENAHAN.
Dari sudut ISTILAH pula, sabar membawa makna kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu.

Jenis-jenis SABAR :
  • Sudut perintah larangan agama – kita dituntut untuk sabar dalam melaksanakan perintah agama seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibu bapa, mendirikan solat, berpuasa, dan sebagainya. Selain itu, sebagai seorang yg sabar juga, kita dituntut agar tidak mendekati perkara-perkara yg dilarang agama seperti menuntut ilmu sihir, mencuri, berzina, and sebagainya.
  • Sudut suka dan duka – Kita hendaklah sabar dan bersyukur dalam menerima sesuatu yg kita sukai tidak kiralah dari segi kejayaan dalam peperiksaan, rezeki yg murah, atau kebahagiaan dalam hidup. Namun kita haruslah ingat bahawa sabar itu juga haruslah hadir bersama-sama tatkala kita menerima sesuatu yg kita tidak sukai seperti penyakit, kehilangan harta benda, orang yg tersayang & sebagainya. Kesemua ini haruslah dihadapi dengan tabah serta penuh kesabaran tanpa sebarang penyesalan, rungutan, mahupun keluhan.

MERAIH SIFAT SABAR DALAM DIRI
Tidak kesemua kita dianugerahi dengan sifat sabar dalam diri. Dengan sifat sabar, kita dapat menjauhi segala larangan yang telah ditetapkan dalam agama serta dapat menyenangkan hati kesemua individu yg lain. Justeru, bagi meraih sifat sabar, seseorang hendaklah sentiasa prihatin akan keadaan dirinya dan sering menasihati dirinya untuk bersabar. Melatih diri untuk bersabar apabila ditimpa musibah atau kesusahan serta tidak lupa untuk memohon pertolongan Allah S.W.T agar dikurniakan sifat sabar kepada diri kita kerana Allah juga telah berfirman , “Dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan (pertolongan) Allah. ” (Surah al-Nahl ayat 127).

Kesimpulannya, sama-samalh kita berusaha untuk meraih sifat sabar dalam diri kita. Tempuhilah setiap dugaan dan halangan yg telah ditakdirkan untuk kita sebagai satu dugaan hidup yg akan mematangkan kita sepanjang bergelar sebagai seorang khalifah di bumi ALLAH S.W.T . INSYALLAH…

Walaupun sebuah penantian itu sangat menyeksakan jiwa, namun harapan itu tetap menjadi tunjang kesabaran =)

No comments: