Tuesday, January 8, 2013




Bismillahirahmanirahim...
 Assalamualaikum.....



 


Motivasi Untuk Diri.


Setiap dugaan pasti datang dalam setiap hidup semua orang. tak kira siapa. tak kira darjat. pasti datang dugaan itu sebab Allah nak uji & lihat setabah mana hamba-Nya sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu. terpulang pada diri & iman kita untuk melalui saat-saat sedih & duka.


Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah. saya dah okay sekarang ni. semakin hari semakin baik. walaupun pada mulanya agak susah untuk terima atas apa yang menimpa pada saya tempoh hari tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri ni.


Saya terima seadanya atas semua dugaan yang menimpa. mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. saya redha Ya Alllah.


Dan sekarang ni saya cuba untuk lalui hari demi hari macam biasa. cuba untuk kembalikan ceria & gembira yang selalu saya suka buat :D sepatutnya kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak Allah tengok seseorang hambanya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan.


Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi. siapa lagi yang nak bagi sokongan. siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri. betul tak awak sekalian ? :D


Yeaaaah. saya dah kembali senyum seperti biasa ^_^ dan haruslah kita sentiasa merendah diri dalam apa jua yang kita lakukan. itu satu cara yang terbaik supaya kita tidak alpa dengan apa yang kita ada. (saya nasihatkan untuk diri saya juga ni)


Kawan-kawan yang baca blog saya sekarang ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya :')


Mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang. tak kira sama ada dari sekarang, esok, lusa, tulat pelbagai lagi lah hari yang ada.


Satu benda je paling kita kena percaya, Allah mesti ada kat sebelah kita atau dimana kita berada.






No comments: