Bercakap pasal jodoh, semua orang nak jodoh yang betul. Takde manusia dekat bumi nih yang nak jodoh yang salah. Sejahat-jahat mana manusia itu pun, pasti dia mencari seseorang pasangan hidup yang elok budi pekerti. Yelah, ada ke lelaki nak cari bini rambut kaler-kaler, merokok, hari nih jantan lain esok jantan lain? Takde kan. Yang perempuan pulak nak ke cari suami yang tak pernah solat, lawan cakap ibu bapa, hari-hari layan disko? Takde kan.
Semua orang mahu jodoh yang baik. Tapi kalau mahu jodoh yang baik, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, jodoh yang baik itu akan bersama dengan kita. Dalam Al-Quran sendiri telah menyebut, sesungguhnya orang yang baik itu untuk mereka yang baik. Insya-Allah. Maka apa lagi yang perlu kita pertikaikan untuk melawan kata-kata Tuhan? Wallahualam bissawab.
Ada orang kata, habis bagaimana pula orang yang sudah ditetapkan jodoh oleh Allah untuk mereka yang kurang baik? Haa, sebab itulah kita kena berubah menjadi orang yang baik. Dengan menjadi orang yang baik. Kita mampu mengubah jodoh kita menjadi orang yang baik juga. Tak perlu risau. Tak perlu kesal. Tak perlu takut. Tak perlu bimbang. Sesungguhnya Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Bercinta tidak semestinya bercouple. Beruntunglah kita kerana Allah bagi kita peluang untuk mencintai dan menyayangi orang lain walaupun pengakhirannya dia pergi meninggalkan kita. Sukar untuk kita menerima kenyataan bahawa orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita. Saya pun macam tu. Tapi pernahkah kita terfikir yang itu adalah qada' dan qadar Allah? Sejenak saya termenung. Baru saya sedar, menangis bukan jalan penyelesaian. Marah bukan dapat memuaskan hati. Itu yang sudah tertulis untuk kita. Maka tabahlah dan redha.
Hari ini kita ditinggalkan. Hari esok kita ditinggalkan lagi. Hati terluka, pedih dan kecewa dengan hidup. Bersabar dan diam sebentar. Lihat langit. Lihat bulan. Lihat bintang. Cari di mana kesilapan kita ketika hidup di bumi pinjaman Allah ini. Perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Maka dengan itu hati kita akan tenang.
Saya tak pernah meminta untuk bercinta lepas tu ditinggalkan. Kita semua tidak pernah meminta. Tetapi sikap manusia itu sentiasa berubah mengikut waktu. Hari ini dia kata cinta. Tak sampai seminit dia boleh melafazkan benci. Mudah kan ? Tapi itulah manusia. Jangan berharap pada karma. Berharap lah dia menemui orang yang lebih baik daripada kita. Semoga dengan mendoakan dia, Allah bagi yang lebih baik untuk kita. :)
Ini pulak doa pendekat jodoh. Masa saya dekat sekolah dulu. Ustazah pernah cakap, sebenarnya untuk mendapatkan jodoh yang baik kita kena berdoa setiap kali solat. Tidak kiralah umur kita masih muda. Allah itu Maha Mendengar. Saya takdelah baca doa nih setiap kali solat tapi doa nih lah yang selalu buat hati saya tenang apabila saya di kecewakan. Romantik betul gua nih. Haha.
Maka, jangan bersedih jika satu hari kita ditinggalkan. Jodoh itu ada dimana-mana. Jodoh itu rahsia Allah. Bersyukurlah kerana Allah memberi kita peluang untuk menyayangi orang lain walaupun satu hari dia pergi meninggalkan kita. Redhalah, jika dia pergi kerana dia pergi dengan kehendak Allah.
Marah? Terluka? Kecewa? Frust? Hantuk kepala dekat dinding tujuh kali. Harap dapat hilang ingatan. Maka seumur hidup kita tidak akan pernah mengenali dia. Eh ? Janganlah, as bergurau je. Alah, biasalah tu, sakitnya hati tu sebentar je. Dah jumpa orang baru, mula enjoy balik. Kita nih manusia bukan robot. Bercinta banyak kali boleh apa. Cari je orang lain apabila ditinggalkan okay? So chill.
Jadilah yang terbaik bukan yang sempurna kerana tiada yang sempurna kecuali Yang Maha Esa. Assalamualaikum. Sekian wassalam. ^^
P/S: jadilah baik utk mendapat rahmat dari ALLAH..
semua org sukakn kebaikan kan........
for : AKI.
1 comment:
"semua org nak jodoh yg baik... meh nk explain" .. hihihi
Post a Comment